Penglibatan kerja amal Pengiran Muda 'Abdul 'Azim

Pada tahun 2009, YTM terlibat dalam suatu projek penjualan beg uniseks guna amal bersama Make A Wish Foundation dinaunginya dan syarikat kulit haiwan MCM Worldwide.[2][3]

Pada Mei 2011, suatu pertunjukan amal diadakan di Dewan Indera Samudra The Empire Hotel and Country Club, Bandar Seri Begawan melibatkan 31 orang penghidap autisme yang turut membuat persembahan tersendiri. Dalam acara ini juga , Pengiran Muda 'Abdul 'Azim bersabda mereka yang ada autisme patut dilayan dengan hormat, "seperti mana-mana ahli keluarga awda".[4] Pada 27 April 2013 di pembukaan Konges Rangkaian Autisme ASEAN (AAN) kedua, YTM mendesak sokongan yang berpatutsan diberi kepada keluarga dengan ahli keluarga yang berautisme.[5]

YTM merupakan penerbit dengan syarikat filem Daryl Prince Productions bertempat di London yang menerbitkan You're Not You. Pendirian paduka ayahandanya yang menyokong undang-undang syariah menjadikan keterlibatannya dipandang negatif Duli Pengiran Muda dalam kalangan khayalak pengkarya Hollywood.[6] YTM merupakan tokoh penting dalam "jetset" antarabangsa.[7][8]

Rujukan

WikiPedia: Pengiran Muda 'Abdul 'Azim http://www.bt.com.bn/news-national/2011/05/01/trea... http://www.imdb.com/name/nm5355300/ http://www.sultanate.com/news_server/2013/28_apr_1... http://www.dailyexpress.co.uk/posts/view/49493 http://www.standard.co.uk/lifestyle/london-life/pr... http://www.make-a-wish.org.uk/fundraising/events-a... https://borneobulletin.com.bn/2020/10/nation-mourn... https://www.cnn.com/2019/04/09/asia/brunei-sultan-... https://www.forbes.com/2009/06/17/monarchs-wealth-... https://www.hollywoodreporter.com/news/cannes-sult...